Malay Scanlation (Skanlasi Melayu)

Group Leader
Joined
Apr 28, 2019
Messages
50
PENGUMUMAN

Pihak Malay Scanlation sedang mencari sukarelawan bagi memutihkan teks. Tugas pemutih teks berperanan memutihkan teks dalam manga agar teks itu boleh ditukarkan kepada teks terjemahan bahasa Melayu.

Kelayakan pemutih teks ialah anda perlulah mempunyai kemahiran mengedit gambar menggunakan perisian seperti Photoshop, Paint dan sebagainya. Anda juga perlu komited dalam kerja, dan disarankan memutihkan satu bab manga (19-20 muka surat) setiap 4 hari (atau lebih. Hal ini boleh dibincang dan disesuaikan mengikut kesibukan jadual anda.)

Jika terpilih, akaun anda akan dimasukkan ke dalam kumpulan Malay Scanlation. Nama anda akan dipaparkan pada gegantung (banner) kumpulan dan muka surat kredit pada bab yang anda kerjakan.

Sekiranya berminat atau terdapat sebarang pertanyaan, sila hantarkan mesej anda kepada ketua kumpulan, ahyesimmad untuk maklumat lanjut.
 
Group Leader
Joined
Apr 28, 2019
Messages
50
PENGUMUMAN BULAN RAMADAN DAN HARI RAYA

Pihak Malay Scanlation buat masa sekarang akan berehat sempena Ramadan dan Hari Raya. Oleh yang demikian, kadar muat naik manga Beastar hanyalah setakat 2-3 bab seminggu (bukannya 2-3 bab/sehari).

Diharap peminat manga Beastars bahasa Melayu semua maklum dan tetap menyokong kami. Dalam kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca.

Kami akan kembali muat naik mengikut kadar biasa bermula minggu kedua Syawal, Insya Allah...
 
Group Leader
Joined
Apr 28, 2019
Messages
50
JADUAL MUAT NAIK BARU

Pihak Malay Scanlation akan memuat naik bab Beastars terbaru setiap minggu menjelang hari Isnin, iaitu 3 hari selepas bab terbaru keluar dalam versi asal. Bagi bab-bab yang lama, kami sedaya upaya akan cuba memuat naik sekurang-kurangnya 1-2 bab setiap hari.

Harap maklum, dan teruskan menyokong usaha kami. Terima kasih.
 
Group Leader
Joined
Apr 28, 2019
Messages
50
SITUASI JEREBU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca dan pengunjung.
Kami mohon maaf atas kelewatan muat naik bab Beastars minggu lepas dan minggu ini.
Kelewatan disebabkan oleh beberapa ahli kami yang tak sihat akibat keadaan jerebu.

Kini kami cuba untuk meneruskan kerja mengikut jadual biasa. Harap maklum.
 
Joined
May 7, 2020
Messages
2
Kenapa dh xbuat translation ke bm ?
Rindulah nk baca dlm bahasa melayu
Lebih2 lagi manga beastars
 

Users who are viewing this thread

Top